Tuesday, 18 August 2015

PENDIDIKAN AGAMA ISLAM TAHUN 2 : SIRAH

0 Cadangan
PEKERJAAN RASULULLAH S.A.W
Nabi Muhammad S.A.W dilahirkan sebagai anak yatim.Bapanya Abdullah bin Abdul Mutalib telah meninggal dunia ketika dalam perjalanan pulang dari Syam.Di pertengahan jalan beliau jatuh sakit, lalu meninggal dunia dan dikebumikan dikebumikan di sebuah tempat yang bernama Yathrib.
Selepas dilahirkan, baginda hanya tinggal beberapa hari sahaja bersama ibu kandungnya.Ini kerana baginda diberikan kepada seorang wanita kampung untuk disusui.Memang menjadi adat orang-orang Arab di Kota Mekah, apabila seseorang bayi dilahirkan, dia akan diberikan kepada wanita kampung untuk disusui agar fasih berbahasa dan penerapan nilai-nilai murni masyarakat kampung dalam diri dan jiwa kanak-kanak tersebut.
Baginda tinggal bersama ibu susunya Halimatussaadiah di perkampungan Bani Saad sehingga berusia 4 tahun.Keluarga Halimah ada memelihara kambing.Semenjak kecil lagi iaitu seusia 4 tahun baginda, telah menolong ibu susunya mengembala kambing dengan kerelaan dirinya sendiri tanpa dipaksa.Secara tidak langsung dalam usia yang begitu muda baginda sudah pandai mengembala kambing.
Semasa umurnya 4 tahun,berlaku satu peristiwa yang sangat aneh.Ketika sedang bermain-main bersama kawan-kawan dan saudara susuannya, datang dua malaikat menyerupai manusia.Lalu ditangkapnya baginda dan dadanya dibelah.Dikeluarkan hatinya dan dibersihkan menggunakan air zam-zam.Selepas itu dimasukkan iman dan ihsan.Seterusnya dicantumkan semula dada baginda tanpa sebarang kesan.Selepas peristiwa tersebut Halimah terus menghantar baginda pulang kepada ibu kandungnya Siti Aminah kerana bimbang dengan keselamatan baginda.
Selepas pulang ke Mekah di samping ibu kandung dan datuknya, baginda masih juga mengembala kambing.Nabi tinggal bersama ibunya selama 2 tahun.Siti Aminah telah kembali ke rahmatullah ketika usia nabi 6 tahun.Baginda mendapat gelaran anak yatim piatu dalam usia yang masih kecil.
Kini, baginda tinggal pula bersama datuknya Abdul Mutalib.Abdul Mutalib sangat sayang kepada baginda.Hanya kepada datuknya sahaja tempat baginda bergantung kasih.Abdul Mutalib seorang pembesar Quraish yang sangat dihormati dan disegani.

perniagaan.Berniaga melatih baginda bersikap amanah dan sabar.Seterusnya dapat meningkatkan penguasaan kemahiran berkomunikasi.

Ketika usia baginda mencecah 25 tahun, pelbagai pengalaman hidup telah dilalui.Baginda ingin berdikari dan terlibat dalam dunia perniagaan.Namun demikian Nabi  S..A.W  tidak memiliki sebarang harta untuk diperdagangkan.Peribadinya sangat mulia dan merupakan seorang yang berjiwa besar.Selepas mendengar cerita tentang Rasulullah S.A.W  yang mempunyai akhlak dan  budi pekerti mulia seperti bercakap benar, jujur, rajin, amanah dan bertanggungjawab, beliau menghantar utusan kepada baginda untuk menawarkan pekerjaan sebagai peniaga dengan membawa barang-barang dagangannya ke Syam.Berbekalkan sifat mulia dan luhur itu, baginda telah menerima amanah daripada Khadijah binti Khuwailid untuk memimpin rombongan perdagangan ke negeri Syam dengan ditemani oleh pembantu Khadijah yang bernama Maisarah.Khadijah merupakan seorang janda kaya yang memiliki kedudukan terhormat.Beliau mengupah beberapa orang lelaki untuk menguruskan barang dagangannya.
Baginda sentiasa menjaga barang-barang dagangan milik Khadijah dengan berhati-hati dan penuh rasa tanggungjawab.Apabila tiba di sana ,baginda memilih tempat yang strategik untuk memasarkan barang-barang dagangan tersebut.Cara-cara baginda menjalankan perniagaan sangat menarik.Antara langkah-langkah yang dilakukan oleh baginda semasa berurusniaga ialah:
1 – menjelaskan keadaan sebenar barang-barang yang dibawanya.
2 – meletakkan tanda harga yang berpatutan
3 – layanan kepada pelanggan mesra, jujur dan telus

Belajar Baca DOA QUNUT Untuk Kanak-Kanak

0 Cadangan

Ibadah Tahun 3 . SYARAT WAJIB & SAH SOLAT

0 Cadangan

Erti Al Fatihah Versi Upin dan Ipin PENDIDIKAN AGAMA ISLAM TAHUN 3

0 Cadangan

Nasyid 25 Rasul oleh Raihan

0 Cadangan

SOLAT TIANG AGAMA TAHUN 2

0 Cadangan
 Bidang Ibadah : Solat tiang agama



 
Tujuh perkara perlu dijaga oleh sesorang dalam menunaikan solat agar sempurna iaitu:

1. Syarat sah solat
Syarat sah solat ada 5 iaitu, menutup aurat, menghadap kiblat, masuk waktu, suci dari najis dan suci dari hadas

2. Menunaikan sunat sebelum solat seperti, azan dan iqamat, solat berjemaah, meletakkan sutrah (penghadang solat) dan sebagainya.

3. Menyempurnakan rukun solat yang 13

4. Memperbanyakkan sunat-sunat di dalam solat seperti bacaan surah, mengangkat tangan ketika takbir al-ihram dan sebagainya.

5. Menjaga makruh dalam solat seperti meliarkan mata ketika solat

6. Menjaga perkara yang membatalkan solat seperti bergerak tiga kali berturut-turut

7. Khusyuk dalam solat.


Tujuh perkara ini, jika dijaga dengan betul, kita akan memperolehi dua kelebihan.
Kelebihan di dunia, solat kita akan menjaga kita dari perkara keji dan mungkar. Kelebihan di akhirat, solat kita akan menjaga kita dari api neraka.

Yang paling penting adalah, solat menjadikan kita semakin rapat dengan Allah. Itu yang Allah sebut di dalam al-Quran:-

"Dirikanlah kamu solat untuk mengingatiKu"


Bekalan terbaik buat seorang Muslim setelah meninggalkan alam fana ini ialah amalnya. Dari Abu Hurairah Radiallah ‘Anhu, bahawa sesungguhnya Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam telah bersabda :
“Apabila mati anak Adam maka terputuslah amalannya kecuali tiga, sedekah jariah, ilmu yang dimanafaatkan dan anak yang soleh yang mendoakannya untuknya.” (Hadith Riwayat Bukhari).
Doa pastinya datang dari segala ibadah terutamanya solat. Ayuh kita perbaiki diri sendiri, keluarga dan seterusnya menyebarkannya kepada anak didik dan masyarakat. Semoga kita dijauhkan dari golongan yang rugi di sisi Allah, di dunia dan lebih-lebih lagi di Akhirat kelak. Amin.







Hadis : Berkaitan Solat
 
Hadis 1:
 
Abdullah ibn 'Umar r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Islam tertegak di atas lima rukun iaitu bersaksi bahawasanya tiada Tuhan selain Allah dan Muhammad adalah hamba-Nya serta rasul-Nya; mendirikan solat; membayar zakat; mengejarkan haji dan puasa di bulan Ramadhan,"

Rasulullah SAW mengibaratkan agama Islam itu sebagai sebuah khemah yang disokong oleh lima batang tiang. Tiang tengahnya ialah kalimah syahadah . Empat tiang lagi itu adalah tiang-tiang sokongan,iaitu satu tiang pada tiap satu penjuru khemah tersebut. Tanpa tiang tengah maka khemah itu tidak boleh ditegakkan dan sekiranya mana-mana dari salah satu tiang sokongan yang di penjuru itu hilang maka akibatnya runtuhlah penjuru khemah yang rosak itu.Kini marilah kita lihat dengan mata kita sendiri sejauh manakah yang telah kita tegakkan agama Islam itu. Benarkah tiap-tiap tiang itu telah ditegakkan pada tempatnya dengan sempurna? Lima tiang agama Islam yang tersebut dalam hadith di atas menunjukkan kewajipan-kewajipan yang penting bagi seseorang Islam. Sungguh pun tidak mungkin bagi seorang Islam tidak mempunyai mana-mana satu darinya, namun solat dalam ajaran agama Islam mengambil tempat di sisi Iman.

Kata Abdullah ibn Mas'ud: "Aku pernah bertanya kepada Rasulullah SAW amalan (manusia) yang manakah yang paling diredhai Allah SWT? Baginda SAW menjawab 'Solat'. Kemudian aku bertanya lagi: " Yang mana pula selepasnya(mengikut susunan keredhaan)?' Baginda SAW menjawab 'Menghormati kedua ibu bapa.' Katakan lagi: ' Selepas itu apa pula?' Baginda ,menjawab: 'Jihad.'

Mullah 'Ali Qari mengambil hadith ini untuk menyokong pendapatnya iaitu solat adalah kewajipan agama yang penting selepas iman. Ini diperkuatkan lagi olah sebuah hadith yang diriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda : "Solat adalah sebaik-baik perintah yang diperintahkan oleh Allah,"
Hadis

MARI MENGHAFAL LAFAZ NIAT SOLAT

0 Cadangan

Mudahnya Solat - Niat Solat Subuh, Zuhur, Asar, Maghrib, Isyak

0 Cadangan

SOLAT TIANG AGAMA

0 Cadangan

BERIMAN KEPADA MALAIKAT

0 Cadangan

Monday, 17 August 2015

Beriman Kepada Malaikat

0 Cadangan
www.youtube.com/watch?v=Ei7rhbsOmEo

Lirik Lagu 10 Malaikat – Raihan

Mari mengenal 10 malaikat
Dicipta Allah daripada cahaya
Ianya juga rukun iman ke dua
Mari bersama kita hafal namanya

Jibril,Mikail,Ridhwan, Malik
Mungkar, Nakir, Raqib, Atid
Izrail, Israfil semuanya
10 malaikat kita hafal namanya

Malaikat Jibril menyampaikan wahyu
Daripada Allah kepada rasulnya
Mikail pula turunkan rezeki
Dapat rezeki ucaplah Alhamdulillah

Malaikat Ridhwan menjaga syurga
Wajahnya manis berseri sinarnya
Malaikat Malik menjaga neraka
Berdoalah kita moga tidak ke sana

Mungkar dan Nakir menyoal di dalam kubur
Roqib dan Atid catit kebaikan dan kejahatan

Izrail pula mencabut nyawa
Moga kita mati dalam Husnul Khotimah
Israfil pula meniup sangkakala
Itulah tanda dunia kiamat akhirnya

Sambil menyanyi kita hafal namanya
10 malaikat mari hafal namanya
Jibrail, Mikail, Ridhwan, Malik
Mungkar, Nakir, Raqib, Atid
Izrail, Israfil semuanya
10 malaikat mari hafal namanya


Sumber : http://www.liriklagumuzika.com/2011/07/lirik-lagu-10-malaikat-raihan.html#ixzz3j94MwSh3
 

Aku & Duniaku Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template